Dol Said

gelaran)|Dato']] Abdul Said bin Omar, atau Dol Said (1773Ogos 1849)[1], ialah Penghulu Naning yang kesembilan.[2] Perang Naning yang berlaku pada tahun 1831 menjadikan beliau seorang pahlawan yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka. Daripada suku Semelenggang, Dol Said mewarisi Penghulu Anjak sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 ketika hanya berumur 26 tahun. Pada tahun 1802, Kolonel Taylor telah melantik Dol Said sebagai Penghulu Naning dengan syarat beliau menggunakan cap mohor syarikat Inggeris.[3] Sehingga campur tangan Kolonel Farquhar pada 1807, penghulu Naning dibenarkan mentadbir Naning termasuklah dalam hukuman mati. Campur tangan kolonel Farquhar menyebabkan kuasa menghukum mati diserahkan kepada kerajaan negeri.[3]